Monday, November 3, 2008

Haji mabrur


Assalamualaikum wrh wbt.
Kami ingin mengucapkan selamat menunaikan Ibadah Haji kepada sahabat-sahabat yang telah terpilih sebagai tetamu Allah. Mudah-mudahan kalian sentiasa mendapat perlindungan dan berkat di sisi Allah serta dapat melaksanakan ibadah Haji dengan sempurna.
Kami juga mendoakan agar saudara/i semua beroleh Haji mabrur dan kembali semula ke tanahair dengan selamat.Wassalam.

Monday, October 6, 2008

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala Puji bagi Allah kerana dengan izinnya kita bertemu lagi di alam cyber ini setelah sekian lama HIKMAH Kuching menyepi. Mudah-mudahan usaha ini akan terus hidup demi perjuangan kita di dalam menjayakan misi dan visi dakwah kita.

Kemunculan kembali kami ini ,bertepatan dengan kedatangan lebaran 1 Syawal, 1429 Hijrah dan mudah-mudahan kedatangan lebaran ini juga membawa nafas segar dalam perjuangan mendatang. Bagi warga HIKMAH Kuching, khususnya bagi pihak cawangan Kuching, Petra Jaya, Lundu dan Bau, kami merakamkan salam aidil fitri. Maaf zahir batin.

Wassalam.