KUCHING,23 Jun 2009 bersamaan 29 Jamadilakhir 1430H, Hikmah telah melancarkan sambutan 40 tahun BINA-HIKMAH yang telah selamat disempurnakan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak bertempat di Ibu Pejabat HIKMAH, Petra Jaya, Kuching.
Bertemakan Dakwah pemangkin ummah cemerlang, majlis dihadiri oleh lebih 700 orang tetamu terdiri daripada ahli-ahli HIKMAH-BINA sejak penubuhannya pada tahun 1969. Majlis juga telah menganugerahkan penghargaan kepada tiga orang mantap YDP BINA-HIKMAH iaitu YABhg Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, YBhg Datuk Haji Mohd. Mortadza Haji Daud dan Ybhg Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang bin Mohd. Nor.
Sambutan bagi mengimbas kembali empat dekad perjuangan dakwah BINA-HIKMAH sedikit sebanyak berjaya membangkitkan semangat untuk terus berjuang dikalangan para pendakwah dan pecinta Islam ke arah memamurkan Islam di bumi kenyalang ini.
Kita juga mengharapkan agar susulan kepada pelbagai program sempena sambutan ini akan membuahkan hasil yang memberansangkan dan membawa dakwah Islam ke arah setingkat lagi lebih cemerlang.
Monday, July 6, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)