Baru-baru ini pada 28 Mei 2011, Majlis Tertinggi HIKMAH telah mengadakan mesyuaratnya. Banyak perkara telah dibincangkan dan diputuskan. Seperti juga pada mesyuarat lalu, setiap Bahagian ada melaporkan aktiviti dan kegiatan masing-masing. Namun begitu, bagi Bahagian Kuching agak kurang memberansangkan. Laporan lengkap tidak disediakan. Bukan kerana ketiadaan aktiviti. Tetapi kelemahan di dalam menyediakan rekod aktiviti. Akibatnya sukar untuk dijadikan bahan rujukan. Adalah diharapkan agar Pengerusi HIKMAH Cawangan baik di Kuching, Petra Jaya, Bau dan Lundu agar dapat melaporkan aktiviti mereka secara bertulis agar rekod ini dapat digunakan di dalam mesyuarat akan datang. Kita tidak mahu dianggap sudah mengendurkan kerja-kerja Dakwah kita. Wallahualam.
Monday, June 20, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)