HIKMAH Bahagian Kuching (HBK) telah mengadakan mesyuaratnya kali pertama pada tahun ini, pada 21 hb.Februari 2009 bertempat di Pejabat HIKMAH Cawangan Bau, di Pekan Bau. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh AJK HBK dari cawangan-cawangan berkenaan kecuali Cawangan Lundu. Turut hadir adalah Pengurus Dakwah HIKMAH Hj Abdul Rahman Ahmat yang telah memberikan juga Taklimat dan sesi Dialog dengan AJK berkenaan. Turut hadir juga ialah Hj. Morshidi Ahim, Pengerusi JK Masjid Bau merangkap Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bau jua Penasihat HIKMAH Cawangan Bau. Mesyuarat juga memutuskan antara lain untuk mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti bersama bagi sesi ini khususnya perancangan tahun 2009.
Hj Abdul Rahman Ahmat, Pengurus Dakwah HIKMAH sedang menyampaikan taklimat.
No comments:
Post a Comment